Tuesday, March 01, 2022

ENAM UNIT PESAWAT MD530G PERKUKUHKAN KETUMBUKAN TEMPUR TDM

Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain dan Dato Kabul Surat

SUBANG, 28 Februari 2022 – Ketibaan sebanyak enam unit Helikopter MD530G bakal perkukuhkan ketumbukan tempur Tentera Darat Malaysia (TDM).

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain hadir menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut di Hangar 2 Invation Aero, Subang pada hari ini.

Pesawat MD530G merupakan pesawat buatan Amerika Syarikat dan dibina oleh MD Helicopter Inc (MDHI) yang dibekalkan oleh Syarikat Halaman Optima Sdn Bhd melalui Syarikat Destini Prima Sdn Bhd.

Terdahulu, helikopter ini telah selamat tiba di Pelabuhan Klang pada 21 Februari 2022 jam 0300 setelah melalui pelayaran panjang selama 31 hari dari Pelabuhan Oakland, Amerika Syarikat pada 20 Januari 2022.



 

No comments:

Blog Archive - See more pic

Followers

Contributors