Friday, January 31, 2020

Dalam Kenangan, Arwah OP Selamat bin Yusof C Coy

OP Azahari,
Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera. Inna liLlahi wa inna ilaihi raajiuun. Dengan rasa sedih dan dukacitanya saya menyampaikan berita yg diterima daripada isteri Sdr OP Selamat b. Yusof bahawa suaminya telah meninggal dunia pada kira2 jam 8.50 malam (Khamis 30 Jan 2020) di Hospital Umum Sarawak. Sama-sama berdoa agar ruh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt serta mendapat keampunan segala dosanya dan diterima semua 'amalan baik nya dgn balasan pahala yang berterusan. Semoga ruh nya dihimpun bersama ruh-ruh para solehiin. Alfaatihah.


Gambar latest arwah. From his sis-in-law OP Lt Gen Datuk Zamrose di Masjid Jamek Negeri Sarawak bersama balu Allahyarham OP Selamat.

Assalamu'alaikum dan Selamat Malam teman2 OP 78. Sumbangan tuan2 secara individu dan melalui Tabung Kebajikan OP 78 serta individu OP S'wak berjumlah RM2,600.00 telah disampaikan kepada balu Allahyarham OP Selamat b. Yusof oleh Pengerusi OPA Sarawak Chapter, OP Tuan Hj Zawawi Embong sebentar tadi. Keluarga Allahyarham telah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan tuan2. Jazakumullahu khairan kathiiraa.
OP Azahari

Tabung Kebajikan OP78 - Selamat C
Visiting Selamat 11 Aug 2016
Visiting Selamat 4 Sep 2016
Visiting Selamat 14 Okt 2016
Visiting Selamat 28 Dec 2016

Wednesday, January 22, 2020

Monday, January 06, 2020

ISTIADAT PERBARISAN SERAH TERIMA JAWATAN PANGLIMA TENTERA UDARA DAN UPACARA KENAIKAN PANGKAT PANGLIMA TENTERA UDARA KE-19

SUBANG, 3 Jan 2020 - Perbarisan serah terima jawatan Panglima Tentera Udara telah dilaksanakan dengan penuh istiadat ketenteraan bertempat di Pangkalan Udara Subang, hari ini. Istiadat dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Panglima Angkatan Tentera dan disusuli dengan upacara pemakaian pangkat ‘Jeneral TUDM’ kepada YBhg Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM yang telah dilaksanakan secara bersama oleh Panglima Angkatan Tentera dan Isteri Panglima Tentera Udara iaitu Datin Sri Dato’ Norainy binti Shahar Alam. Seterusnya, upacara serah terima jawatan Panglima Tentera Udara di antara Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dengan YBhg Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah dilaksanakan di hadapan kontijen perbarisan dengan penuh tertib dan adat ketenteraan. Acara kemudiannya disusuli dengan penyerahan ‘tonggak kuasa’ sebagai simbolik serah kuasa yang menyaksikan secara rasminya YBhg Jeneral Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dilantik sebagai Panglima Tentera Udara ke-19.



Friday, January 03, 2020

JENERAL TAN SRI DATO' SRI HJ AFFENDI BIN BUANG TUDM DILANTIK PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-21



KUALA LUMPUR, 2 Januari 2020 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyaksikan perubahan secara rasmi tampuk pemerintahan Panglima Angkatan Tentera yang baharu dalam Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Auditorium Wisma Pertahanan, hari ini.
Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Ts. Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin yang akan menamatkan perkhidmatan di dalam ATM telah menyerahkan tugas sebagai Panglima ATM kepada Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM yang merupakan Panglima Tentera Udara sebelum ini. Majlis Serah Terima Tugas Panglima ATM ini telah disaksikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu.
Pelantikan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM sebagai Panglima Angkatan Tentera adalah merupakan Panglima Tentera Udara yang kedua selepas Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Azizan bin Ariffin TUDM yang memegang jawatan sebagai Panglima ATM Ke-17 pada 1 Sep 2009 hingga 14 Jun 2011. Ini juga menyaksikan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM merupakan anak jati Sarawak pertama dilantik menerajui kepimpinan tertinggi dalam organisasi ATM.

Blog Archive - See more pic

Followers

Contributors