Monday, June 15, 2020

Friday, June 12, 2020

JENERAL Datuk Zamrose Mohd Zain




JENERAL Datuk Zamrose Mohd Zain dilantik menjadi Panglima Tentera Darat (PTD) ke-28 bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi yang bersara wajib.

Zamrose dilahirkan pada 22 September 1962 di Seremban, Negeri Sembilan dan memulakan karier dengan menyertai latihan sebagai Pegawai Kadet pada tahun 1980 sebelum ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 24 Januari 1981.

Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) adalah unit pertama perkhidmatan beliau di bidang ketenteraan.

Sepanjang 39 tahun usia perkhidmatannya beliau menyandang pelbagai jawatan penting di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) dan jawatan terakhir sebelum ini adalah Panglima Medan Timur Tentera Darat.

Majlis Serah Terima Tugas Panglima Tentera Darat (PTD) diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur antara Ahmad Hasbullah dan Zamrose disaksikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Terdahulu, majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan Ismail Sabri disaksikan oleh PAT dan Panglima-panglima Perkhidmatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2020 @ 7:20 PM







Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 22 September 1962. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sek Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin mulai Tingkatan 1 hingga 3 dan seterusnya ke Maktab Tentera Diraja (MTD) pada tahun 1978. Kerjaya beliau dalam Angkatan Tentera Malaysia bermula apabila menjalani latihan sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja (MTD) pada tahun 1980. Beliau seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan menyertai Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja sebagai unit pertamanya pada 24 Januari 1981.
Di sepanjang perkhidmatannya, Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan penting di peringkat Tentera Darat mahupun Angkatan Tentera Malaysia sebagai pemerintah, staf dan jurulatih. Antara perjawatan yang disandang termasuklah Pegawai Memerintah, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (2002-2003), Ketua Staf, Markas Briged Kesebelas Infantri Malaysia (2003-2005), Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera (2005-2006), Komandan Kolej Tentera Darat (2006-2008), Panglima Briged Keempat Infantri Malaysia (Mekanize) (2009-2012), Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat (2012-2014), Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan, Markas Tentera Darat, Cawangan OPLAT (2014-2015), Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (2015-2016), Ketua Tim Pemerhati Midanao 11 Filipina (2016-2017) dan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Anggota (2017-2018), Panglima Medan Timur Tentera Darat (2018-2020). Pada tanggal 11 Jun 2020, atas kecemerlangan yang ditunjukkan, Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk dinaikkan ke pangkat Jeneral dan seterusnya menjawat jawatan Panglima Tentera Darat ke-28.
Dalam menentukan kecemerlangan pendidikan dan pengetahuannya, Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah mengikuti beberapa kursus/pengajian di dalam dan juga di luar negara. Antara kursus utama yang dihadiri adalah Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan, Universiti Malaya (1996), Sarjana Kajian Dasar dan Keselamatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (2001), Managing Defence in a Democracy Course di United Kingdom (2007) dan National Defence College (ndc) di Thailand (2008-2009).
Sebagai pengiktirafan terhadap khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara, Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menerima pelbagai Darjah Kebesaran, Pingat dan Anugerah antaranya Darjah Panglima Setia Di-Raja (PSD) yang membawa gelaran Datuk (Persekutuan), Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira (Melaka), Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ (Pahang) dan Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Dato’ (Negeri Sembilan).
Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Zainuriah binti Hj Mustapha, seorang suri rumah dan dikurniakan 6 orang cahaya mata iaitu 5 perempuan dan seorang lelaki. Waktu lapang beliau sering digunakan untuk membaca dan mengembara manakala sukan kegemarannya adalah golf.

Jun 2020

Talking about friends..look who I bumped into...the boss & backbone of destini prima

Foxtrot meet with OP Anathan and OP Azmi @ PUSPAHANAS

Mesyuarat JKKN Melaka mewakili YB Menteri







With OP Tan Sri PAT and OP Brig Gen Azmi at Puspahanas.
Day before with OP DS Ackbal

Ismail G, Azhar E, Sabri D at Stesen Udara Maritim Subang.
 

Thursday, June 04, 2020

Pemerentah Medan Timur TDM OP Lt Gen Datuk Zamrose bin Mohd Zain

Kunjungan Hormat dan Perpisahan Ahli Jawatankuasa OPA Sarawak Chapter kepada Pemerentah Medan Timur TDM OP Lt Gen Datuk Zamrose bin Mohd Zain




Blog Archive - See more pic

Followers

Contributors