Tuesday, August 18, 2020

KURNIAAN DARJAH KEBESARAN

PUTRAJAYA, 17 Ogos 2020 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan menyempurnakan Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong tahun 2020 di Balairung Seri, Istana Melawati, Putrajaya.
Pada istiadat yang berlangsung pagi tadi, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.
Turut dianugerahkan adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zin dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM yang masing-masing dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.
Seluruh warga OP78 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM (OP78 FCoy), Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose bin Mohd Zin (OP78 CCoy) dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM (OP78 FCoy) atas penganugerahan Darjah Kebesaran ini.

Juga tahniah kepada Laksamana Madya Dato Aris Adi Tan bin Abdullah (OP78 HCoy) yang di anugerahkan pingat PJN.


No comments:

Blog Archive - See more pic

Followers

Contributors