Thursday, August 11, 2016
Tuesday, August 09, 2016
Saturday, August 06, 2016
Majlis Kahwin A/L Osman C
RUANG SENYUM-SENYUMLAH!!!
Semasa
putera-putera baru datang ke MTD (cawangan putera), mereka digalakkan
menghormati senior-senior yang ada.
Mereka juga digalakkan bertutur dalam bahasa Malaysia atau bahasa
Inggeris dengan betul. Kesilapan dalam
bertutur ini, kadangkala mengakibatkan mereka dihukum tak berat, ringan
aja. Yang demikian adalah, untuk
mengingatkan mereka agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Akan tetapi pada suatu hari:
Putera
baru berlari-lari dengan tercungap-cungap menaiki tangga dan beliau bertembung
dengan seorang senior. Beliau ditahan.
SENIOR:
Hei!
Hang nak pegi mana tercungap-cungap ni?
JUNIOR:
Naik
atas E kompeni bang!
SENIOR:
Nak
jumpa siapa?
JUNIOR:
Brother
Ngau bang. (Ngow Duo Sin ECoy79)
SENIOR:
Apa
ni, cakap pun tak betul. Heh! Ambek
sepuluh, bunyi punya (disuruh buat pumping).
JUNIOR:
Tapi
bang!
SENIOR:
Tak
ada tapi tapi. Degil ya… Nak jadi hero,
baru dua minggu duduk sini dah nak 'rebel' pulak. Hei kau jangan tunjuk 'kerek', aku bagi
nanti.
JUNIOR:
Tapi
bang dengarlah dulu ni, macam mana lagi saya nak panggil dia. Nak panggil abang Ngau nanti jadi bang Ngau
(bunyinya bangau). Nak panggil Sir nanti
jadi Sir Ngau (bunyinya sengau). Mana
lagi rasa hormat saya pada dia. Abang
pikirlah.
SENIOR:
X@E#+%&???......
Osman Ahmad
L6A C Coy